
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata ia bagi memastikan lambang yang digunakan calon parti komponen Perikatan Nasional (PN) mudah dikenali pengundi, khususnya di kawasan yang mempunyai 70% pengundi Melayu-Islam.
“Setakat ini ada beberapa negeri lain juga akan gunakan logo berbeza, namun negeri mana kita tunggu pengumuman rasmi dari parti.
“Ini kerana ada permintaan rakan-rakan kita dalam PAS untuk gunakan logo PAS di Terengganu dan Kedah. Perkara ini perlu dibincangkan dengan teliti dan di Kelantan kita dah buat keputusan. Yang lain itu kita tunggu keputusan rasmi,” katanya kepada FMT.
Wan Saiful berkata pada dasarnya keputusan mengenai penggunaan lambang di negeri selain Kelantan sudah selesai namun ia di peringkat akhir untuk diumumkan oleh parti dalam masa terdekat.
“Kita nak pastikan logo yang kita gunakan adalah logo yang mudah dikenali pengundi di tempat tersebut dan kita ada faktor-faktor lain yang perlu diambil kira.
“Keputusan dasar dah ada cuma pengumuman kita tak buat lagi. Ia akan diumumkan dalam masa terdekat.”
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan wakil Bersatu di Kelantan, Mustapa Mohamed dan Ikmal Hisham Abdul Aziz akan menggunakan lambang ‘bulan’ pada PRU15.
PAS sebelum ini memutuskan untuk menggunakan lambangnya itu di tiga negeri diterajui mereka – Kelantan, Terengganu dan Kedah – pada PRU15.