
Seperti tidak masuk akal, tetapi itulah realiti yang berlaku kepada seorang graduan, Afif Adlan Mohd Hanafiah.
Afif yang menamatkan BSc dengan Kepujian dalam bidang Kewangan, Perakaunan dan Pengurusan dari University of Nottingham pada bulan Julai lalu, baru sahaja menerima sijilnya.
Namun, kucingnya Mika memutuskan untuk mengetahui bagaimana ‘rasanya’ kertas yang mahal itu.
Afif yang terperanjat namun sedikit terhibur dengan kebencian Mika terhadap sijilnya itu, lalu menyiarkan gambar sijil yang rosak di twitter dan kemudian ia menjadi viral.
“Kucing saya makan ijazah saya. Dari semua kertas yang tidak berguna di bilik saya, ijazah saya juga yang dia makan.
“Seperti dia tahu,” tulis Afif.
Dia juga berkongsi gambar pelakunya (Mika).
Pengguna Twitter @thesturlitez berkata, “Apabila anda pergi untuk temuduga, jangan lupa tunjukkan tweet ini sebagai bukti,”
Seorang pengguna Twitter yang teruja @sarahnavids, menambah, “Adakah ini versi anjing yang makan kerja rumah saya?,”
Pengguna Twitter lain turut berkongsi kisah pelbagai kisah menarik mengenai haiwan peliharaan mereka yang memusnahkan dokumen penting seperti komen @Maureen Crow-Magnon Quasiparticle, “Saya mempunyai seekor arnab yang akan makan apa saja kertas yang dijumpainya,”
Pada masa ini, siaran itu mempunyai lebih 271,000 tanda suka dan 53,200 retweet.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]