
Penyelidikan yang baharu dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan terdapat penemuan mangga Ataulfo mungkin mempunyai bahan penyingkir kedutan.
Penyelidik di University of California, Davis mendapati dengan memakan mangga Ataulfo (yang berasal dari Mexico, juga dikenali sebagai madu atau mangga Champagne) dapat mengurangkan kedutan pada wanita yang lebih tua dengan kulit yang lebih cerah.
Walaupun hasil kajian rintis ini hanya berkaitan bahagian populasi yang sangat spesifik, ia tetap membantu para saintis memahami mekanisme di sebalik pengurangan kedutan.
Buah mangga penghilang kedut?
Para saintis telah melakukan kajian rintis klinikal secara rawak yang melibatkan 28 wanita pascamenopause dengan kulit jenis Fitzpatrick II atau III iaitu kulit yang mudah menjadi keperangan.
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan: satu kumpulan yang memakan setengah cawan mangga empat kali seminggu selama empat bulan dan satu lagi kumpulan yang makan satu setengah cawan untuk jangka masa yang sama.
Para saintis menilai kedutan wajah menggunakan sistem kamera beresolusi tinggi yang membolehkan mereka memvisualisasikan dan mengukur kedutan wanita-wanita tersebut.
Hasilnya nampak mengkagumkan kerana kumpulan pertama (yang makan setengah cawan mangga empat kali seminggu) – menyaksikan penurunan kedutan dalam 23% setelah dua bulan dan penurunan 20% setelah empat bulan. Peningkatan dilihat pada semua katagori dari panjang dan lebar hingga kedalaman kedutan.
Nikmat mangga
Menariknya wanita dalam kumpulan kedua (yang makan satu setengah cawan mangga) – menyaksikan peningkatan kedutan dalam jangka masa yang sama.
Walaupun para penyelidik belum menentukan bagaimana ini mungkin berlaku, mereka menyarankan ia berkaitan dengan jumlah gula yang banyak terdapat di bahagian mangga yang lebih besar.
Para penyelidik merancang untuk meneruskan kajian bagi menentukan mekanisme yang terlibat dalam mengurangkan kedutan. Mereka akan memfokuskan kepada karotenoid, pigmen oren dan merah yang terdapat di dalam mangga serta ubi kentang dan aprikot juga jenis fitonutrien lain yang dapat membantu membina kolagen.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]