
Kuku terdiri daripada lapisan berlapis protein yang dipanggil sebagai keratin. Kuku tumbuh daripada kawasan di pangkal kuku di bawah kutikel anda. Kuku yang sihat adalah bersifat licin, tanpa sebarang lubang atau alur juga memiliki warna yang sama dan konsisten serta bebas daripada sebarang tompok atau perubahan warna.
Jika anda bekerja menggunakan tangan atau berada dalam profesion yang sering terdedah untuk mencuci tangan dengan kerap, ia bermaksud kuku anda berisiko tinggi untuk menjadi rapuh. Terdapat beberapa cara untuk memastikan kuku kekal kuat termasuklah:
Gunakan penguat kuku
Sapukan top coat pelindung pada kuku sekurang-kurangnya sekali seminggu. Beberapa jenis pengilat kuku yang mengandungi serat nilon juga dapat memberi kekuatan pada kuku.
Tingkatkan pengambilan vitamin
Anda mungkin juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil suplemen biotin yang boleh membantu menguatkan kuku. “The American Osteopathic College of Dermatology” mengesyorkan untuk mengambil “ultra-supplemen biotin” yang terdapat dalam kapsul dengan berat sebanyak 1 miligram.
Mengambil dua atau tiga kapsul setiap hari selama enam bulan dapat membantu menguatkan kuku tetapi diingatkan untuk tidak mengambilnya jika anda sedang mengalami kehamilan.
Jangan guna rawatan kuku yang kasar
Hadkan penggunaan gel dan akrilik kuku serta penanggal pengilat kuku “aseton”. Ini akan menanggalkan lapisan atas kuku dan melemahkannya. Jika anda memang menggunakannya, cuba beri sedikit tempoh kepada kuku sebelum kembali menggunakannya. Kuku akan mengambil masa selama beberapa hari dan minggu untuk memulihkan permukaan atau ketebalan secara sepenuhnya.
Pakai sarung tangan
Pakai sarung tangan getah apabila anda ingin melakukan tugasan rumah atau aktiviti harian. Ini boleh melindungi tangan dan kuku dari mengalami kerosakan yang lebih teruk.
Pakai pelembap selepas mengeringkan kuku
Kaedah ini boleh membantu anda untuk mengekalkan lembapan. Cari produk yang mengandungi “lanolin” untuk digunakan pada kuku. Anda juga boleh menggunakan minyak disebabkan sifatnya yang telap air tetapi dalam masa yang sama mengekalkan lembapan. Pilihan minyak yang boleh digunakan termasuklah minyak badam, vitamin E dan minyak kelapa.
Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]