
“Double chin” atau dagu berlapis adalah disebabkan oleh pengumpulan lemak pada leher dan dagu. Keadaan lemak di dagu adalah sama seperti lemak lain yang ada pada tubuh.
Sesetengah individu akan merasa agak terganggu dengan kehadiran lemak ini kerana ia berada pada bahagian wajah sehingga menghilangkan keyakinan diri. Cuba lihat cara di bawah untuk menghilangkan lemak pada dagu.
1. Melakukan olahraga kardio
Cara menghilangkan lemak pada dagu tidak jauh beza dengan cara menghilangkan lemak di bahagian tubuh lain. Olahraga kardio tidak hanya menyihatkan kesihatan jantung tapi juga berupaya membakar lemak dengan efektif. Ada berbagai jenis olahraga kardio yang boleh dipilih, bermula dari berlari, berenang, berjalan kaki sehinggalah mendaki gunung. Malah, menari dengan gerakan yang membuat tubuh berpeluh juga dianggap sebagai olahraga kardio.
2. Mengurangi pengambilan kalori harian
Mengurangi pengambilan kalori setiap hari, adalah cara efektif menghilangkan lemak pada badan dan dagu. Biasanya dengan mengurangi sekitar 500 kalori setiap hari, anda boleh menurunkan berat badan sehingga 0.5 kilogram setiap minggu.
3. Minum air secara teratur
Minum air putih secara teratur boleh membantu menghilangkan lemak tubuh termasuk pada dagu. Dalam sebuah kajian mendapati minum air putih boleh mengurangkan kalori hingga 13%. Dengan mencukupkan kehilangan air di dalam tubuh, air yang tertahan di bahagian wajah turut hilang sehingga “double chin” tidak muncul dan leher tidak kelihatan ‘bengkak’.
4. Senaman leher
Senaman leher juga salah satu cara berkesan menghilangkan lemak pada dagu. Lakukan senaman dengan memusingkan leher ke kiri dan kanan atau atas dan bawah selama 30-60 saat dalam setiap sesi.
Anda juga boleh melakukan senaman dengan membuka mulut luas seperti menguap, lakukan beberapa saat. Gerakan ini sangat bagus untuk dagu, leher dan wajah.
5. Mengunyah gula-gula getah
Mengunyah gula-gula getah juga boleh menjadi senaman leher dan dagu. Selain itu, mengunyah gula-gula getah dipercayai mampu mengikis lemak pada leher. Mengunyah gula-gula getah juga akan menjadikan anda merasa lebih kenyang sehingga tidak makan berlebihan dan akhirnya mengurangkan lemak pada tubuh.
6. Mengambil makanan sihat
Makanlah makanan yang bernutrisi dan elakkan makanan berlemak. Makanan bernutrisi bukan hanya menyehatkan tubuh tetapi memberikan lebih tenaga kepada anda. Makan makanan berprotein tinggi seperti ikan, ayam dan telur secara rutin. Serat dari buah dan sayuran juga baik untuk kesihatan.
7. Melakukan senaman berat
Senaman berat bagi meningkatkan otot dikatakan boleh menghilangkan lemak pada leher. Ini adalah kerana dengan meningkatkan otot akan membantu membakar banyak lemak. Latihan olahraga seperti “push up” hingga “squat” juga boleh membantu membakar lemak pada dagu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]