
Ianya bertujuan untuk memastikan setiap individu yang berambut kerinting merasa selesa dan bangga dengan rambut kerinting yang dimiliki.
Dr Karishma Menon 32 tahun, melancarkan Curlrinting kira-kira dua tahun lalu. Platform dalam talian tersebut sebelumnya menjadi tempat untuk para wanita berkongsi cara-cara penjagaan dan perapian rambut , akhirnya mendatangkan penghasilan kepada Karishma.
“Ia merupakan tempat berkongsi pengalaman dan perasaan bagi mereka yang memiliki rambut kerinting. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari maklumat baharu terutama berkaitan rambut yang dimiliki.
“Artikel dan maklumat yang dimuat naik di platform berkenaan tidak hanya mendapat sambutan di kalangan perempuan, tetapi juga menarik minat golongan lelaki,” ujarnya
Cerita Dr Karishma lagi, maklumat mengenai rambut kerinting sangat terbatas dan tidak mencukupi sepanjang tempoh beliau membesar.
Selain itu wanita berambut kerinting, jarang sekali diberikan peluang untuk tampil di layar kaca.
“Mereka yang berambut kerinting juga merupakan seorang yang cantik. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk menjaga, merapi serta melindungi rambut bagi memastikan ianya kekal sihat dan terpelihara.

“Saya ingin mengubah pandangan yang mengaitkan rambut kerinting dengan gaya yang selekeh dan kotor”, tambah beliau dengan harapan dapat mengubat stigma masyarakat,” katanya.
Ia memerlukan masa, kesabaran serta percubaan demi percubaan namun Karishma kekal komited bagi memastikan matlamatnya tercapai, iaitu mengangkat martabat komunit berambut kerinting dan mereka boleh berjalan dengan bangga kerana memiliki gaya rambut sedemikian.
“Saya selalu melihat bagaimana mereka yang berada di luar negara merawat rambut dan berbangga memiliki rambut kerinting”, Karishma memberitahu FMT.
Selepas menerima banyak pertanyaan mengenai bagaimana mendapatkan produk tertentu untuk penjagaan khusus rambut kerinting, Karishma memutuskan menjadikan platform tersebut sebagai perniagaan.
Karishma mempunyai senarai dan kriteria dalam memilih rangkaian produk terbaik yang akan dijual di laman sesawang tersebut.
Setiap produk yang dijual telah diteliti dan dikaji oleh Karishma sendiri. Antara yang menjadi pertimbangan ialah bahan yang digunakan serta maklum balas pembeli terhadap produk berkenaan.
Setiap produk yang dijual Curlrinting mestilah didaftarkan di bawah Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan NPRA dan mengandungi bahan yang dibenarkan dan tidak memberi kesan mudarat kepada pengguna.
Selain itu, beliau juga akan memastikan setiap produk yang dijual itu selamat digunakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak yang merupakan produk buatan tempatan dan juga antarabangsa.

Melalui platform ini, beliau berpeluang menjalin hubungan dengan komuniti antarabangsa.
Mengangkat martabat rambut kerinting mungkin hal yang masih baharu di Malaysia.
Namun, sebagai pengasas platform seumpama itu yang pertama di Malaysia, membolehkan Karishma membantu mereka yang memiliki rambut kerinting mendalami tentang tekstur rambut mereka untuk digayakan dengan penuh keyakinan.
Beliau mengakui kepenatan kerana terpaksa membahagikan masa antara kerjayanya sebagai doktor gigi dan menguruskan perniagaan dalam taliannya itu.
“Apa yang lebih penting adalah maklum balas yang positif dari pelanggan. Itu yang menyuntik semangat saya untuk terus maju ke hadapan,” kongsi Karishma.
Ketika ditanya apakah beliau mempunyai rancangan untuk menguruskan perniagaan itu secara sepenuh masa, Karishma berkata “Ia merupakan satu kemungkinan di masa akan datang”.
Walau begitu, Karishma tidak merancang untuk mengenepikan pesakit-pesakitnya buat masa sekarang, malah beliau merasa bersyukur dengan kerjayanya itu.
Karishma percaya perjalanannya di Curlrinting hanyalah satu permulaan dan beliau berharap ianya akan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk beliau mempromosikan produk-produk berkaitan rambut kerinting, terutamanya di kalangan produk tempatan.
Beliau juga berharap suatu hari ini, lebih ramai tukang gunting rambut yang mempunyai kemahiran khusus memotong serta merawat mereka yang memiliki rambut kerinting seperti dirinya.
“Saya berharap, bila pandemik ini telah berakhir, kita akan dapat bertemu dengan ramai wanita berambut kerinting dengan gaya masing-masing.
Lawati Curlrinting di Facebook dan Instagram, atau layari Website mereka untuk tips dan maklumat tentang apa yang diperlukan oleh rambut kerinting anda!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]