“Terima kasih rakyat Malaysia” – Rajan

“Terima kasih rakyat Malaysia” – Rajan

Rajan Veelasamy mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sumbangan kepada keluarganya.

Rajan Veelasamy, isteri dan anak lelakinya Rabu yang lumpuh separuh badan.
PETALING JAYA:
Kisah sedih sebuah keluarga dari Kampung Jelapang Baru, Ipoh yang disiarkan FMT semalam telah mendapat perhatian netizen dan ramai yang menghulurkan sumbangan bagi membantu keluarga ini.

Rajan Veelasamy, 56, dan keluarganya melahirkan rasa syukur dan terharu di atas sumbangan yang diterima bagi membantu meringankan beban keluarganya.

“Kami benar-benar terharu dengan kemurahan hati masyarakat Malaysia. Dalam hanya sehari kami telah menerima begitu banyak sumbangan yang kini sudah cukup untuk meneruskan kehidupan.

“Terima kasih rakyat Malaysia. Sumbangan anda sudah cukup untuk saya dan keluarga,” ujar Rajan kepada FMT semalam sambil mengatakan bahawa telefonnya tidak berhenti berdering sepanjang hari sejak kisahnya disiarkan di FMT.

Rajan secara peribadi begitu berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang telah memberi sumbangan tunai dan bantuan kepada mereka sekeluarga.

Menurutnya, wang tunai tersebut akan membolehkan dia membeli makanan dan keperluan lain termasuk perubatan untuk anaknya Rabu, 31, yang lumpuh.

Ia juga akan digunakan untuk menanggung kos pembelanjaan anak perempuannya yang kini sedang melanjutkan pengajian di sebuah institut di Selangor.

Rajan, pekerja pembinaan yang hilang pekerjaannya akibat PKP 3 dan meneruskan hidup bersama keluarga dengan bantuan rakannya Yee Hoong Yeng, 42. Yee turut membantu empat lagi keluarga yang menghadapi masalah sama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.