
Tunku Syed Razman jelas berbangga dengan kejayaan anak kelahiran Tampin itu menempah kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa, termasuk dalam industri penerbangan.
Baginda turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian itu dan menyeru lebih ramai anak Tampin yang berjaya tampil berkongsi pengalaman serta kepakaran mereka.
“Diharapkan perkongsian pengalaman dan kejayaan mereka akan menjadi motivasi untuk lebih ramai anak-anak muda dan pelajar di Tampin berusaha lebih gigih demi menggapai cita-cita serta masa depan yang cemerlang,” katanya.
Baginda juga menasihatkan anak Tampin yang memegang jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta kembali menyumbang kepada pembangunan daerah itu supaya setanding dengan bandar lain.
Turut hadir pada sesi itu Zaharudin Abd Hamid, bekas pengurus kanan keselamatan operasi Petronas di Garraf, wilayah Thi Qar, Iraq yang juga anak kelahiran Tampin.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Keluarga Malaysia Ruhaidini Abd Kadir yang juga pengerusi VFive Media Ads dan pengerusi Violet Pacific Media Ads.
Sesi itu turut dihadiri Pegawai Bahagian Penterjemahan dan Bimbingan di Masjid al-Haram Sheikh Haji Muhammad Jamil Mujahed; Pengasas dan Pengarah Urusan Teraju Construction Sdn Bhd Fakhrul Nazhi Hanaffi dan Pengasas dan Pengarah Urusan Emreka Group Sdn Bhd Mohd Kasarudin Suudi.
Sementara itu, Chandran, 46, berkata beliau tidak akan melupakan pengalaman beliau ketika membesar dan belajar di Tampin kerana ia membantu membentuk jati diri dan ketahanan untuk berhadapan dalam pelbagai cabaran.
“Pelbagai cabaran termasuk konflik di Timur Tengah menuntut kekuatan minda serta keupayaan untuk merencana semula perniagaan supaya mampu bertahan,” kata graduan Teknolgi Penguruan Universiti Teknologi Malaysia serta pemegang Ijazah Sarjana Teknologi Perisian Sains Komputer Universiti Robert Gordon, Scotland.