Misi menyelamatkan sang ‘pembuat madu’

Misi menyelamatkan sang ‘pembuat madu’

Kumpulan selamatkan lebah madu, usaha ubah persepsi terhadap serangga kecil itu.

Menyelamatkan lebah juga memanfaatkan manusia.

Mereka bukan saja menyelamatkan penghuni hutan bandar daripada rasa gusar dan bimbang, malah turut menyelamatkan ribuan lebah madu daripada dibakar mati.

Itulah misi organisasi sukarelawan My Bee Savior: menyelamatkan manusia membunuh lebah hanya kerana takutkan serangga kecil itu.

Sukarelawan My Bee Savior pergi ke pelbagai rumah dan pangsapuri untuk menjawab ‘panggilan kecemasan’ penghuni sama ada di dalam kediaman atau ketika berkebun.

Mereka mengalihkan sarang lebah bersama haiwan itu ke lokasi yang lebih selamat supaya spesies Apis Cerana, Apis Dorsata dan Apis Florea boleh terus membiak.

Rata-rata pemilik rumah dan penghuni bandar yang menemui sarang lebah di kediaman mereka, atau mungkin tersorok di celah pokok dan bumbung kediaman turut termasuk golongan terkenal, memuji usaha kumpulan itu.

“Lebah ini sekadar singgah berehat ketika proses migrasi, namun malangnya orang takut bila melihat sebilangan lebah menghurung.

“Kami mendapat hampir seratus kes ketika waktu puncak antara Februari hingga Julai, dan itu cuma di Cheras saja,” kata sukarelawan My Bee Saviour, Cathy Kong.

Cathy Kong bersama lebah yang diselamatkannya.

Katanya lagi, selalunya bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang akan dipanggil untuk mengusir sarang lebah, malangnya operasi prosedur standard mereka adalah ‘membakar keseluruhan sarang dan kawanan lebah di dalamnya.

“Bila terlintas mengenai lebah madu, pertama sekali orang akan bayangkan bahayanya lebah.

“Orang tidak terfikir api yang digunakan untuk mengusir lebah sebenarnya akan membunuh kawanan itu,” kata wanita yang bertugas sebagai akauntan bebas ini lagi.

Bagaimanapun, kini Kong berhubung rapat dengan bomba dan JPAM untuk membantu penduduk yang berdepan masalah sarang lebah di premis mereka di kawasan Cheras.

“Kadangkala orang tidak tahu lebah itu sebenarnya sudah berada di situ sejak berbulan atau setahun lalu. Tetapi apabila menyedari kewujudannya, tidak kiralah sekecil tapak tangan manusia atau sebesar tayar kereta – mereka terus menghubungi pasukan kecemasan yang seterusnya memanggil kami,” katanya tersenyum.

Menurut Kong lagi, ketika PKP, orang ramai kurang bimbang jika melihat lebah kerana hanya duduk di rumah.

Indung lebah tualang.

My Bee Savior ditubuhkan sebagai kumpulan sukarelawan bebas pada 2020. Ia bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan ahli sendiri atau sumbangan dan derma dari orang ramai selepas bermula sebagai ‘kumpulan dan subprogram di bawah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Malangnya mereka mendapat berita pada 2019 bahawa agensi itu tidak lagi akan menyokong usaha itu (contohnya dari segi subsidi) disebabkan perubahan struktur kepemimpinan dan arah tuju organisasi, tetapi mujur menjelang awal 2020 kumpulan dengan 200 anggota itu memilih berganding bahu dan meneruskan usaha mereka.

Kong sendiri peminat lebah tanpa sengat, dan terjumpa persatuan itu ketika membuat pencarian dalam talian untuk maklumat mengenai lebah dan pengeluaran madu.

Apa yang digunakan untuk menangkap, menyelamatkan dan memindahkan lebah berkenaan?

“Bergantung pada jenis lebahnya? Jala dan sarang lebah,” katanya.

Lebah Apis Dorsata tidak boleh disimpan dalam sarang kerana mampu terbang setinggi tingkat 23 Menara Berkembar Petronas – yang pernah berlaku.

Sebaliknya lebah berkenaan dilepaskan ke hutan berhampiran dan madunya dituai sebelum diagihkan.

Lebah madu membuat sarang di halaman rumah, serangga ini tidak aktif selepas waktu maghrib.

Laman media sosial My Bee Savior jelas menunjukkan niat utama di sebalik kumpulan itu, iaitu sekadar mengalihkan sarang lebah yang tidak berbahaya, seterusnya pemuliharaan alam sekitar.

“Kami mahu orang mengetahui bahawa lebah madu tidak akan menyakitkan sesiapa jika tidak dikacau. Anda tidak akan diapa-apakan,” tegasnya.

Kedua, katanya, Kong mahu orang awam memahami lebah madu sekadar menyinggah apabila membuat sarang di halaman rumah atau ‘di mana saja ada makanan, di pokok buah-buahan dan tumbuhan berdaun’.

Menurutnya, ada kalanya juga lebah sekadar ‘melepak’ tiga hari di sebuah halaman rumah dengan duduk diam dan seolah-olah ‘berpeluk’ seterusnya memberi gambaran kepada mata kasar seolah-olah kawanannya lebih besar, sebelum beredar dari situ.

“Lebah juga suka berjalan-jalan,” katanya sambil ketawa, “tetapi pada waktu malam lebah tidak aktif kerana tidak dapat melihat pada waktu malam.” Susulan itu malamlah masanya My Bee Savior akan bertindak.

My Bee Saviour memerlukan lebih ramai anggota sukarelawan.

“Kebanyakan kami dewasa yang bekerja jadi hanya dapat melakukan kerja-kerja ini selepas habis kerja,” katanya.

Namun Kong berkata, My Bee Saviors juga sedang mencari derma berbentuk sekeping tanah untuk membantu mereka dalam usaha pemuliharaan, selain untuk anggota masyarakat turut mengambil sarang lebah sebagai ‘anak angkat.’

“Lebah tidak merosakkan alam sekitar, jadi kenapa pula kita perlu membunuh serangga ini?” soalnya.

Malah, tegasnya, jika manusia tidak mengganggu lebah terutama jika tidak menggunakan kekerasan, sebenarnya tiada kemungkinan akan disengat.

Kita perlu belajar hidup bersama lebah, bukannya menyakitkan serangga ini, kata kumpulan itu.

“Kita mahu mewujudkan lebih banyak kesedaran bahawa lebah bukannya binatang yang berbahaya. Kita perlu hidup bersama serangga ini. Malah, lebah berdepan kemungkinan pupus,” katanya.

Jika lebah lenyap sepenuhnya, pendebungaan tidak akan berlaku seterusnya tiadalah pokok, tiada juga haiwan yang secara tradisional memakan tumbuhan ini. Ini bererti dalam tempoh tiga tahun, manusia akan berdepan krisis.

Disebabkan itulah My Bee Savior begitu dedikasi menyelamatkan lebah dan membantu menyebarkan maklumat tepat mengenai serangga istimewa ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.