Katy Perry kongsi tips untuk ibu muda yang sukar dapatkan rehat

Katy Perry kongsi tips untuk ibu muda yang sukar dapatkan rehat

Penyanyi berusia 36 tahun itu kemudian cuba menjalani meditasi transendental (TM), yang akhirnya mampu membantunya mendapatkan waktu rehat di siang hari dan tidur yang lena.

Katy Perry akui, sukar mendapat tidur yang cukup sejak melahirkan. (AFP pic)

Sejak menjadi ibu, penyanyi Katy Perry akui sukar untuk mendapatkan waktu tidur tanpa gangguan dari puterinya, Daisy Dove.

“Saya seorang ibu baru. Puteri saya adalah anugerah, tetapi cabaran yang paling besar adalah kurangnya waktu tidur.

“Di mana saya boleh dapatkan kembali tidur enam jam yang sering saya miliki dulu? ujar Katy.

Penyanyi berusia 36 tahun itu kemudian cuba menjalani meditasi transendental (TM), yang akhirnya mampu membantunya mendapatkan waktu rehat di siang hari dan tidur yang lena.

“Banyak cara meditasi yang telah membantu. Meditasi yang sedang saya jalani mampu memberi waktu rehat yang selama ini saya idamkan,” katanya lagi.

Sebagai ibu baru, Katy sememangnya memerlukan waktu rehat yang mencukupi. Dia juga berkongsi perkara yang dilakukan untuk mendapatkan rehat dan tidur yang cukup.

1. Berbaring

Jangan stres jika tidak boleh tidur. Luruskan kaki dan bersantailah di sofa serta jangan memegang telefon. Hanya berbaring selama setengah jam juga boleh merehatkan.

2. Minta bantuan

Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk membantumu di malam hari. Kamu juga boleh memerah susu di siang hari dan menyimpannya untuk diberikan kepada bayi pada malam hari.

Jika bayi diberi susu formula, ini lebih mudah lagi untuk menyerahkan tugas membuatkan susu pada suami atau anggota keluarga lain.

3. Dekatkan bayi

Letak katil bayi di sebelah katil anda. Ini akan mudah untuk menguruskan bayi tanpa perlu bangun dari katilmu. Dengan ini, kamu akan mendapatkan waktu rehat yang lebih banyak.

4. Jauhi perkara yang membuatkan anda sukar tidur

Jangan buka televisyen, komputer atau telefon bimbit semasa sedang berbaring. Cahaya dari alat peranti dan televisyen ini boleh membuatkan kamu terjaga. Kamu hanya perlu waktu sepi seketika dan lelapkan mata.

5. Pilih-pilih tamu

Kunjungan tetamu juga boleh membuatkan ibu-ibu kurang tidur. Untuk itu, kamu harus memilih tetamu yang datang. Apatah lagi, di waktu pandemik ini, kamu perlu sangat berhati-hati.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.