
“Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau. Difahamkan ini antara gejala wabak Covid-19. Saya pakai sabun mandi dan deodaran pun tak boleh hidu bau. Namun, yang lain semuanya okay. Saya berada dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah tekanan darah, buah pinggang dan lain-lain termasuk selera makan semuanya okay,” katanya.
Penyanyi, pelakon dan pengacara ini turut bersyukur kerana ditempatkan satu bilik dengan pembantu peribadinya.
“Di sini tidak ramai pesakit Covid-19, jadi banyak katil yang kosong. Kami dijaga baik oleh kakitangan dan jururawat di sini,” katanya.
Menurut Alif, sepanjang berada di hospital, dia melakukan aktiviti sama seperti di rumah. Pada waktu pagi dia akan “berjogging” di keliling bilik dan pada sebelah malamnya, dia akan bangun untuk solat tengah malam.
Alif turut berkongsi mengenai berita kedua ibu bapanya sudah bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh hari ini.
Namun, adik bongsu dan datuknya masih lagi dirawat di hospital yang sama.
Berkongsi mengenai pengalaman sebagai pesakit Covid-19, Alif berkata dia tidak menjangka akan dijangkiti kerana dia tidak bergejala atau mengalami demam. Malah, dia turut mengikuti semua prosedur operasi standard (SOP) bila berada di mana-mana sahaja.
Semasa menjalani penggambaran di Melaka, Alif turut membuat ujian saringan dan keputusannya negatif.
“Dalam keadaan sekarang macam mana kita buat dan patuh SOP pun, kita tak tahu apa saja boleh terjadi. Macam saya, suhu badan okay, tidak bergejala dan tidak demam. Jadi memang tak tahu,” katanya.
Mengenai aktiviti seni, Alif berkata, dia terpaksa membatalkan beberapa program yang sudah diatur.
“Saya terpaksa tolak dua program bersama RTM. Penggambaran drama Penjara Janji pula ditangguhkan. Saya juga akan terbabit dengan penggambaran filem pada 9 Disember ini. Harapnya saya sempat nak buat,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]