Lelaki berjambang itu seksi

Lelaki berjambang itu seksi

Ramai wanita yang menganggap lelaki berjambang yang kemas dan bersih itu seksi.

Lelaki berjambang kini jadi tren anak-anak muda (Gambar Rawpixel)

Lelaki menyimpan jambang kini “trend”, malah ada yang beranggapan lelaki berjambang ini lebih seksi. Ramai juga wanita yang sukakan lelaki berjambang tetapi biarlah yang kemas dan bersih.

Penampilan yang kemas dan menarik tentunya akan memikat perhatian sesiapa sahaja. 3 tips ini sesuai untuk lelaki berjambang agak tampak lebih seksi.

1. Potongan
Jika anda inginkan bentuk jambang yang menarik, tunggu beberapa bulan sehingga jambang kelihatan panjang. Jangan membentuk dan mengemas jambang terlalu awal kerana ini merupakan satu kesilapan. Biarkan ia tumbuh dengan ‘liar’ supaya mudah untuk anda mengemaskan ia mengikut potongan kegemaran.

2. Syampu
Ramai yang jarang membasuh jambang meskipun sedang bersyampu. Elakkan membasuh jambang menggunakan sabun mandi. Gunakan perapi untuk membantu melembutkan jambang agar ia mudah dibentuk.

3. Trim
Trim jambang setiap dua bulan untuk mengelakkan ia dari bercabang. Jangan lupa untuk menyikat supaya ia kelihatan kemas.

Yang penting, jagalah kebersihan jambang dan jangan biarkan ia kelihatan berserabut. Penampilan yang kemas akan menjadikan anda lelaki seksi seperti yang diidamkan wanita.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.