
Sakit kepala ketika bangun dari tidur sering terjadi kepada kebanyakan kita. Ada sesetengah yang merasa pening hingga nyaris terjatuh dari tempat tidur. Walau pada umumnya tidak berbahaya, namun ia boleh mengganggu aktiviti harian anda.
Berikut ini adalah beberapa kemungkinan penyebab sakit kepala ketika bangun tidur:
1. Insomnia
Insomnia boleh mempengaruhi pola tidur seseorang dan menyebabkan kurang tidur. Menurut pakar kesihatan, insomnia merupakan penyebab umum sakit kepala di pagi hari.
Insomnia dapat diubati dengan berbagai cara. Salah satunya adalah mungkin mendapatkan pola tidur yang mencukupi untuk membantu mendiagnosis kondisi tersebut. Cara lain ialah dengan makan ubat dan mendapatkan terapi.
Dengan pengurangan insomnia akan menghasilkan lebih banyak tidur dan meredakan sakit kepala apabila bangun dari tidur pada pagi hari.
2. Depresi
Menurut “Journal of American Medical Association”, faktor paling signifikan untuk sakit kepala yang kronik di awal pagi adalah depresi.
Keadaan kesihatan mental juga boleh menyebabkan insomnia yang akan meningkatkan risiko sakit kepala ketika bangun tidur.
Seringkali kondisi ini dapat ditangani dengan mendapatkan nasihat doktor, mengambil ubat dan rawatan.
3. Berdengkur atau “sleep apnea”
Berdengkur juga boleh mengganggu tidur anda dan menjadi punca sakit kepala apabila bangun pagi.
Berdengkur boleh menjadi gejala kepada “sleep apnea” yang merupakan penyebab penafasan berhenti sebentar.
Secara umumnya, sakit kepala yang berkait dengan “sleep apnea” terjadi selama 30 minit. “Sleep apnea” boleh diubati dengan mesin tekanan saluran pernafasan.
4. Sindrom mengigit gigi
Mengigit gigi juga dikenali sebagai “bruxism”. Ianya sering terjadi pada waktu malam dan boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala ketika bangun di pagi hari.
Sakit kepala ini pada umumnya bersifat tumpul dan dapat dirasakan pada pelipis anda.
Bruxism juga berkait dengan kondisi tidur lainnya seperti “sleep apnea” dan boleh menyebabkan kerosakan gigi dan rasa ngeri pada rahang.
Perawatan “bruxism” mungkin memerlukan pelindung mulut, teknik pengurangan stress atau perubahan perilaku.
5. Otot tegang
Otot leher yang tegang juga antara penyebab sakit kepala ketika bangun dari tidur. Anda mungkin perlu mengubah posisi tidur dan batal anda bagi meringankan gejala sakit kepala ini.
Bantal seharusnya dapat menyokong leher dan tulang belakang dengan baik. Ia sepatutnya dapat menjaga kepala dan leher dalam posisi seperti berdiri.
Bantal lembut mungkin tidak dapat menahan leher dengan baik dan bantal yang keras dapat menciptakan sudut yang terlalu signifikan untuk tubuh. Dapatkan bantal sederhana yang dapat menyokong postur tidur yang lebih baik.
6. Pengambilan ubat atau alkohol
Efek sampingan dari mengambil ubat tertentu juga adalah penyebab sakit kepala ketika bangun tidur.
Minum alkohol dalam jumlah banyak juga akan menyebabkan tidur tidak nyenyak dan dehidrasi seterusnya menimbulkan sakit kepala di pagi hari.
Dapatkan nasihat doktor mengenai pengambilan ubat anda.
7. Kondisi kesihatan lain
Masalah kesihatan lain seperti tekanan atau tumor otak juga antara punca sakit kepala di waktu pagi. Mereka yang mempunyai tumor otak cenderung merasa sakit kepala pada waktu pagi kerana tekanan cairan “serebrospinal” meningkat pada malam hari.
Lebih teruk jika tumor tersebut menyebabkan pembengkakan kerana ia akan meregangkan penutup otak dan menyebabkan sakit kepala.
Jika anda menderita tumor otak, anda mungkin akan mengalami gejala lain seperti perubahan penglihatan, kehilangan penglihatan, perubahan keseimbangan dan perubahan status mental.
Penyelesai utama adalah dengan mendapatkan nasihat doktor.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]