
Ketua Pengarah KEMAS, Mohamad Yasid Bidin berkata, antaranya disebabkan masalah kesihatan, alahan dan mengandung susulan nasihat doktor.
“Buat masa ini, kita dimaklumkan tiada kes guru KEMAS enggan menerima vaksin dan 2% itu kerana masalah kesihatan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Peralatan Kursus Quick Win Asnaf Berdikari anjuran KEMAS Pulau Pinang, di sini.
Beliau berkata, pembukaan semula kelas tabika akan mengikut jadual ditetapkan Kementerian Pendidikan kerana ia di bawah bidang kuasa kementerian itu.
“Dari segi persiapan untuk buka semula tabika, KEMAS memang bersiap sedia dan sesi pembelajaran nanti juga akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19.”
Yasid berkata, ketika ini, KEMAS mempunyai 206,094 murid dan 10,301 kelas di seluruh negara yang membabitkan 10,802 pendidik masyarakat.
Bagi taska pula, terdapat 9,369 kanak-kanak melibatkan 544 kelas dengan 1,817 guru.
“Ada beberapa taska yang memang kita buka atas permintaan ibu bapa bekerja sebagai petugas barisan hadapan, jadi mereka perlu hantar anak-anak ke taska kerana perlu bekerja.”