
Pernahkah anda mengalami sakit kepala apabila bangun pagi? Menurut pakar di School of Medicine of USC di Los Angeles, California, Raj Dasgupta, MD, mengatakan, kajian menunjukkan, setidaknya satu dari 13 orang akan mengalaminya dalam hidup.
Maka, ia adalah perkara yang biasa terjadi dan menurutnya, apa yang terjadi pada pagi hari adalah bersangkutan dengan kejadian malam sebelumnya.
Oleh itu, hanya mengambil ubat sakit kepala bukanlah penyelesai masalah. Amat penting untuk memahami punca sakit kepala yang dialami.
1. Insomnia
Gangguan tidur akan membuat seseorang itu mengalami sakit kepala 2 hingga 8 kali pada pagi hari.
Untuk mengatasinya, cuba terapkan rutin tidur, termasuk menjaga konsistensi waktu tidur dan bangun. Tidurlah dalam ruang yang sejuk dan gelap bagi mengurangkan sakit kepala pada keesokan hari.
2. Depresi
Depresi adalah faktor risiko insomnia. Jika anda mengalami tekanan, anda akan lebih sukar untuk meredakan kerisauan yang ada di dalam fikiran, yang akhirnya akan menjejaskan tidur.
Untuk mengatasinya, cubalah cari rawatan meditasi atau terapi.
3. Sleep apnea
Sleep apnea adalah gangguan nafas yang terhenti seketika beberapa kali ketika sedang tidur. Ia akan membuatkan anda sukar untuk mendapat tidur yang lena.
Sleep apnea adalah antara gejala yang menyebabkan sakit kepala apabila bangun dari tidur.
4. Posisi tidur yang salah
Tidur telentang boleh membuatkan seseorang lebih mudah mendengkur, dan ini akan mengganggu tidur. Apa pun yang mengganggu tidur boleh menyebabkan sakit kepala.
Untuk mengatasinya, cuba tidur di posisi mengereng bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan tenang.
5. Pedih ulu hati
Asid reflux yang terkandung di dalam perut boleh menyebabkan pedih ulu hati sekaligus menjadikan anda sukar tidur.
Untuk meredakan pedih ulu hati, jangan makan beberapa jam sebelum waktu tidur. Makan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur.
Selain itu, anda boleh tinggikan bantal dan naikkan sedikit tubuh ke atas apabila tidur.
6. Mengigit gigi
Anda mungkin tidak sedar apabila anda menggigit gigi semasa tidur. Ia terjadi selalunya apabila menghadapi tekanan atau berasa penat sehingga tidak sedar anda menggigit gigi sewaktu tidur.
Fakta mengatakan, semakin lama seseorang menggigit giginya, semakin sering mereka mengalami sakit kepala ketika bangun tidur.
Berjumpalah dengan doktor dan dapatkan nasihat untuk mengatasi masalah ini.
7. Kurangkan minum kafein
Kurangkan pengambilan minuman berkafien seperti kopi sebelum tidur. Ia akan mengganggu masa tidur anda sekaligus berpotensi menyebabkan sakit kepala.
Namun, sakit kepala seperti ini akan hilang ketika tubuh sudah dapat menyesuaikan diri.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]