Tegar Septian jadi ayah di usia 19 tahun

Tegar Septian jadi ayah di usia 19 tahun

Berita gembira itu dikongsinya di Instagram Story menerusi perkongsian semula foto dimuat naik teman terdekatnya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Tegar bergelar bapa muda.

Jakarta: Penyanyi Tegar Septian 19, kini bergelar bapa di usia muda apabila isterinya, Sarah Sheilka, 23, selamat melahirkan bayi lelaki baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsinya di Instagram Story menerusi perkongsian semula foto dimuat naik temannya yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Dalam foto berkenaan, penyanyi “Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang” itu kelihatan ceria di samping bayinya.

Sementara itu, di perkongsian seterusnya, teman Tegar kemudian mengucapkan selamat datang kepada bayi sambil menyebut nama yang dipercayai anak Tegar.

“Welcome to the world baby Abidzar Oktaviano Putra Septian. Semoga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua,” ujarnya.

Pasangan Tegar dan Sarah Sheilka, mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu dan ianya mengejutkan pelbagai pihak terutama peminatnya apabila memilih untuk berkahwin pada usia semuda itu.

Tidak lama selepas itu, dia kemudian mengumumkan isterinya hamil. Ternyata dia sangat teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

Tegar yang berasal dari Subang, Indonesia melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.

Usaha kerasnya dalam nyanyian berjaya mengubah kehidupan keluarganya yang sebelumnya hidup miskin.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.