Anwar mahu kukuh hubungan Malaysia-AS

Anwar mahu kukuh hubungan Malaysia-AS

Perdana menteri berkata beliau tidak sabar bekerjasama dengan Presiden Donald Trump bagi mengukuhkan hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat.

Donald Trump
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai presiden Amerika Syarikat pada Isnin. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas pelantikan rasmi sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Anwar berkata, beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Trump bagi mengukuhkan hubungan teguh, saling melengkapi dan melihat ke hadapan antara Malaysia dan AS.

Sebagai pengerusi Asean 2025, perdana menteri turut mengundang presiden itu ke Malaysia, sekali gus mengesahkan semula penglibatan baharu AS dengan rantau ini.

“Presiden Trump membawa pendekatan unik kepada menangani cabaran domestik dan global, dibuktikan oleh peranan pentingnya dalam membantu (pelaksanaan) gencatan senjata Gaza malah sebelum pelantikan rasminya.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dalam keutamaan bersama dalam pada pentadbiran Trump berusaha untuk melakar zaman kegemilangan baharu bagi Amerika,” kata Anwar menerusi catatan Facebook hari ini.

Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai presiden AS pada Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.