Nabila dikecam, padankan ‘tudung’ dengan dress seksi dedah paha

Nabila dikecam, padankan ‘tudung’ dengan dress seksi dedah paha

Nabila dikecam kerana imejnya sebagai seorang Islam tetapi berpakaian seksi walaupun dilihat memakai scarf.

Penyanyi dan pelakon Nabila Huda dikecam teruk di laman sosial selepas memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan gaya pemakaiannya yang seksi, iaitu potongan leher yang dalam dan belahan sehingga ke paras paha.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 34 dilihat berpakaian sedemikian ke Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) Pavillion, pada Sabtu lalu.

Pelakon filem Munafik ini dipercayai memakai gaun hitam selain menutup kepala dengan scarf lilit (seperti tudung) dan berkaca mata hitam dengan kapsyen “fesyen zaman nenek kau” sekaligus mengingatkan kita kepada fesyen zaman 1950-an yang juga disamakan dengan gaya pelakon barat, Sophia Loren.

Pun begitu, Nabila dikecam teruk kerana gaya itu dikatakan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang Islam selain pemakaian scarf yang kontras dengan bajunya yang mendedahkan aurat.

Anak kepada penyanyi lagenda, Amy Search itu dengan berani memuatkan beberapa gambarnya di Instagram ketika di majlis KLFW bersama-sama beberapa orang rakan dalam pose berbeza mengundang pelbagai reaksi kurang senang.

Bagaimanapun, ada juga rakan-rakan dari bidang hiburan dan media yang menyokong citarasanya selain jawapannya kepada netizen yang menyelar beliau.

Nabila berkata netizen yang kurang senang dengan penampilan beliau disarankan tidak mengikutinya atau “Unfollow” daripada laman Instagram.

“Tak suka boleh unfollow atau anda akan disekat dalam masa 10 minit. Tengok gambar saya puas-puas dulu, lepas ni dah tak boleh tengok,” tulisnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.