
Kejadian seorang artis rebah di atas pentas program realiti rupanya bukan gimik sebaliknya penyanyi itu, Baby Shima dikatakan berada dalam keadaan terlalu penat ekoran jadual yang ketat.
Satu laporan awal mendedahkan penyanyi berusia 26 tahun itu melalui 14 jam perjalanan dari Jakarta ke Semarang menaiki kereta, Indonesia sebelum ke Malaysia untuk program realiti Big Stage 2018.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, jatuh rebah pada malam Ahad sewaktu program sedang berlangsung.
Dalam kejadian, beliau terus jatuh sebaik selepas menghabiskan lagu tersebut membuatkan hos rancangan itu sendiri tidak pasti dengan apa yang berlaku, namun berjaya mendapatkan bantuan kecemasan segara.
Terdahulu, penyanyi itu dikatakan mengadu pening dan kurang sihat bagaimanapun memaksa diri menaiki pentas selepas makan ubat.
Baby Shima kemudiannya dikejarkan ke Hospital Shah Alam selepas persembahannya menyampaikan lagu Ku Tak Ingin Bersuara nyanyian asal Nike Ardilla di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.
Pengurus Baby Shima, Andy mengesahkan penyanyi itu lemah akibat kekurangan gula dalam badan.
“Doktor memberitahu Shima kekurangan gula dalam badan selepas pemeriksaan hampir 3 jam.
“Dia akan berehat dan akan ke Jakarta pada Rabu untuk persembahan di Palembang Indonesia bagi meraikan hari kemerdekaan negara itu,” ujarnya seperti yang dipetik Mstar.
Jelaslah ia bukan gimik seperti mana yang uar-uarkan netizen dalam laman sosial sebaik kejadian itu berlaku.
Perkara itu disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal.
https://www.youtube.com/watch?v=uC3_3R8wIGs