
Kejadian berlaku di Malviya Nagar kira-kira 8.50 pagi waktu tempatan.
Polis Delhi dalam kenyataan mengesahkan jumlah kematian itu, manakala lebih 40 lagi diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Pegawai berkata, kebakaran itu membabitkan bangunan bertingkat.
Ketua Menteri Delhi, Rekha Gupta dalam catatan X berkata, kerajaan sedang memantau situasi itu dengan teliti.
Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyifatkan kebakaran itu “tragis” dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa korban.
“Semoga mereka yang cedera cepat sembuh. Pihak berkuasa menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada mereka yang terjejas.”
Punca kebakaran belum dikenal pasti, lapor Press Trust of India.