
Dagdelen turut menggesa agar rancangan penempatan peluru berpandu AS di wilayah Jerman dihentikan serta-merta.
Pada Sabtu, Trump menyatakan akan mengenakan tarif 10% ke atas Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, United Kingdom, Belanda, dan Finland, bermula Februari.
Kadar berkenaan dilaporkan akan meningkat kepada 25% dan kekal berkuat kuasa sehingga AS menandatangani perjanjian bagi pembelian Greenland.
“Tentera AS akhirnya harus dibawa keluar dari Jerman. Pada masa yang sama, (adalah perlu untuk mengeluarkan) bom nuklear Amerika dari Buchel. Selain itu, rancangan penempatan peluru berpandu jarak sederhana AS hanya akan menjadikan Jerman sebagai sasaran (serangan),” kata Dagdelen menerusi X.
Greenland merupakan sebahagian kerajaan Denmark, namun Trump berulang kali menyatakan hasrat agar pulau itu menjadi sebahagian daripada wilayah AS.
Pihak berkuasa Denmark dan Greenland sebelum ini telah memberi amaran kepada Washington agar tidak merampas pulau berkenaan, selain menegaskan integriti wilayah mereka perlu dihormati.