
Su Eng Kooi dan Yap Choong Seong mencabar sabitan pada 2022 oleh Mahkamah Sesyen, yang menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM1 juta setiap seorang.
Su dan Yap didakwa pada 2017 atas pertuduhan menjalankan urus niaga kontrak niaga hadapan dan berurusan dalam derivatif tanpa lesen perkhidmatan pasaran modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata Mahkamah Tinggi mendapati tiada kesilapan dari segi undang-undang atau fakta oleh hakim Mahkamah Sesyen dan memutuskan bahawa sabitan terhadap mereka adalah selamat.
Mahkamah turut bersetuju dengan hujahan Suruhanjaya Sekuriti bahawa hukuman yang dikenakan tidak keterlaluan dan tidak memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.
Walaupun permohonan mereka untuk penangguhan prosiding ditolak, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan terakhir mereka di Mahkamah Rayuan.