Angka korban runtuhan sekolah pondok di Indonesia kini 61

Angka korban runtuhan sekolah pondok di Indonesia kini 61

Agensi Pengurusan Bencana Negara berkata tujuh bahagian tubuh mangsa dihantar kepada pasukan pengecaman mangsa bencana.

Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui bawah runtuhan Sekolah Pondok Al Khoziny di Sidoarjo, Jawa Timur pada Isnin. (Gambar EPA Images)
JAKARTA:
Angka kematian runtuhan bangunan di Sekolah Pondok Al Khoziny, Sidoarjo, Jawa Timur meningkat kepada 61 orang.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) dalam kenyataan memaklumkan tujuh bahagian tubuh mangsa dihantar kepada pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI).

Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan, berkata rekod kehadiran menunjukkan dua pelajar belum ditemui dan dipercayai mereka mungkin mangsa yang dijumpai.

“Kawasan itu telah diratakan dan mungkin tiada lagi mayat di sana.”

Jelasnya, 104 daripada 167 orang yang terbabit dalam runtuhan itu berjaya diselamatkan.

Daripada jumlah itu, empat mangsa selesai menerima rawatan, 99 masih dirawat di hospital, seorang tidak memerlukan rawatan dan dua pelajar belum ditemui.

Bangunan empat tingkat itu runtuh pada 29 Sept lalu ketika pekerja sedang menuang konkrit di tingkat atas, mengakibatkan pelajar dan pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa berkata, kegagalan struktur bangunan dipercayai punca utama runtuhan berlaku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.