
Pejabat Gabenor Balikesir dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku ketika operasi cegah penyeludupan dijalankan oleh Komando Pengawal Pantai Aegean Utara.
Dalam operasi itu, sebuah bot gentian kaca berkelajuan tinggi yang membawa 34 migran tanpa dokumen serta seorang suspek melanggar kapal pengawal pantai berhampiran Badavut, di bandar Ayvalik.
Pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat lima migran yang lemas selepas tercampak ke dalam laut. Seorang mangsa yang terselamat dibawa ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Pihak berkuasa memaklumkan usaha masih diteruskan untuk mengesan seorang lagi migran yang dipercayai hilang.
Pendakwa raya di Ayvalik melancarkan siasatan berhubung insiden itu.