3 pelombong terperangkap bawah tanah

3 pelombong terperangkap bawah tanah

Kejadian berlaku selepas satu kemalangan semalaman di sebuah lombong di wilayah British Columbia.

Keadaan laluan masuk ke kawasan perlombongan tembaga dan emas Red Chris di British Columbia, lokasi kejadian tiga pelombong Kanada dilaporkan terperangkap bawah tanah. (Gambar Dave Middleton/The Canadian Press/AP)
HAMILTON:
Tiga pelombong Kanada terperangkap di bawah tanah selepas satu kemalangan semalaman di sebuah lombong di wilayah British Columbia, menurut Ketua Menteri wilayah itu pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami sedang berdepan situasi yang agak mencemaskan di British Columbia sekarang,” kata David Eby dalam sidang media di Huntsville, Ontario, semasa penutupan mesyuarat musim panas tiga hari yang disertai pemimpin wilayah dan wilayah autonomi Kanada.

“Terdapat tiga pelombong yang sedang terperangkap di bawah tanah. Setakat yang kami tahu, mereka tidak cedera dan berada di kawasan perlindungan,” katanya sambil memaklumkan bahawa terdapat komunikasi awal dengan syarikat perlombongan tembaga dan emas Red Chris.

Eby berkata operasi menyelamat sedang dijalankan dan memuji pasukan penyelamat tempatan sebagai ‘luar biasa,’ sambil menambah bahawa mereka akan ‘bekerja keras untuk membawa para pekerja ini pulang dengan selamat kepada keluarga mereka.’

Dua daripada pelombong yang terperangkap berasal dari British Columbia manakala seorang lagi dari Ontario.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.