11 maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Ecuador

11 maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Ecuador

Sekumpulan lelaki berpakaian seperti anggota tentera tiba dengan menaiki tiga kenderaan sebelum melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

shot
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam wilayah pesisir Manabi, Ecuador. (Gambar fail)
QUITO:
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam wilayah pesisir Manabi, Ecuador, pada malam Khamis, lapor media tempatan pada Jumaat.

Menurut laporan penyiar Ecuavisa yang dipetik Xinhua, kejadian berlaku sekitar 11.30 malam di bandar Valencia, apabila sekumpulan lelaki berpakaian seperti anggota tentera tiba dengan menaiki tiga kenderaan sebelum melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Beberapa mangsa yang terselamat mendakwa kumpulan penyerang turut melarikan wang hadiah berjumlah kira-kira USD20,000.

Pihak berkuasa percaya kejadian berkait rapat dengan kegiatan kumpulan jenayah terancang.

Mangsa dibawa ke hospital di wilayah berdekatan, Santo Domingo.

Polis telah memulakan siasatan dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai suspek.

Insiden disifatkan sebagai serangan bersenjata paling buruk dalam sejarah wilayah Manabi.

Wilayah itu kini berada di bawah perintah darurat selama 60 hari sejak 12 April lalu susulan lonjakan kes keganasan yang berpunca daripada aktiviti kumpulan penjenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.