Rempuhan pasar Krismas: Suspek berdepan 5 tuduhan membunuh

Rempuhan pasar Krismas: Suspek berdepan 5 tuduhan membunuh

Suspek, dikenali sebagai Taleb A yang juga doktor belum dedah motif serangan.

Rempuhan pasar Krismas di Jerman mengorbankan lima nyawa termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 200 lain. (Gambar AP)
MAGDEBURG:
Suspek serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 lain didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh, dan mencederakan, lapor agensi berita dpa.

Suspek, dikenali sebagai Taleb A didakwa dengan lima tuduhan membunuh, beberapa tuduhan cubaan membunuh, dan menyebabkan kecederaan sehingga parah.

Dia kini berada dalam tahanan praperbicaraan, menurut kenyataan polis.

Suspek telah dihadapkan ke mahkamah pada malam Sabtu.

Antara mangsa terkorban dalam insiden ialah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, kata pihak berkuasa.

Penyiasat percaya suspek bertindak sendirian kerana tiada petunjuk wujudnya rakan subahat berdasarkan siasatan setakat ini.

Taleb A, seorang doktor berusia 50 tahun dari Arab Saudi, masih belum mendedahkan motif serangan.

Bagaimanapun, pendakwa raya berkata bahawa suspek mungkin tidak berpuas hati dengan layanan terhadap pelarian Saudi di Jerman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.