AS benar Kyiv guna peluru berpandu jarak jauh ke atas Rusia

AS benar Kyiv guna peluru berpandu jarak jauh ke atas Rusia

Tindakan Presiden AS Joe Biden yang bakal berundur dilihat mahu menyemarakkan lagi konflik Rusia-Ukraine.

Joe Biden
Joe Biden benar penggunaan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera oleh Ukraine untuk menyerang sasaran dalam Rusia. (Gambar AP)
MOSCOW:
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden membenarkan Kyiv menggunakan peluru berpandu jarak jauh AS untuk serangan di Rusia akan meningkatkan konflik di Ukraine, lapor Xinhua.

Dalam perubahan besar dasar pentadbirannya mengenai krisis Ukraine, Biden memberi kuasa kepada Kyiv menggunakan peluru berpandu jarak jauh dibekalkan AS, atau Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera, untuk menyerang sasaran dalam Rusia, lapor media AS.

“Jika keputusan seperti itu benar-benar dirumuskan dan disampaikan kepada rejim Kyiv, ini menandakan pusingan ketegangan baharu secara kualitatif dan situasi baharu dari segi penglibatan AS dalam konflik ini,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, kepada wartawan.

Beliau mengulangi pendirian Moscow mengenai isu itu seharusnya jelas kepada semua pihak.

“Adalah jelas, pentadbiran yang bakal berundur di Washington merancang mengambil langkah ini, seperti yang mereka katakan, bertujuan untuk menyemarakkan lagi konflik,” kata Peskov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.