
“Gangguan itu melibatkan kebanyakan kawasan di utara Gaza yang didahului dengan gangguan berperingkat sebelum terputus sepenuhnya, dengan menyatakan bahawa kru syarikat sedang bekerja keras untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin.” kata syarikat itu aalam kenyataan.
Gangguan komunikasi dan internet di beberapa kawasan di kem Jabalia menjejaskan keupayaan rakyat untuk berhubung dengan kru pertahanan awam dan perkhidmatan perubatan.
Sejak bermulanya pencerobohan pasukan pendudukan pada 7 Okt tahun lalu, perkhidmatan komunikasi dan internet di Gaza telah terganggu beberapa kali akibat pengeboman berterusan, menjejaskan infrastruktur rangkaian komunikasi, atau akibat kehabisan bahan api.
Paltel sebelum ini mengumumkan kematian beberapa pekerjanya semasa mereka sedang bekerja untuk memulihkan komunikasi bagi rakyat di Gaza.