
Polis menerima laporan berhubung kejadian sekitar 3.25 petang waktu tempatan di sebuah bangunan pejabat di kawasan Don Mills, menurut media tempatan.
Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan mati di tempat kejadian, dengan seorang daripada lelaki itu dikenal pasti sebagai suspek, kata polis.
Pihak polis percaya berlaku pertengkaran sebelum kejadian tembakan berlaku.
Insiden itu menyebabkan sebuah pusat jagaan kanak-kanak dan sebuah sekolah rendah terletak berhampiran lokasi kejadian dikenakan sekatan sementara polis menjalankan siasatan.
Menurut laporan CBC News, menjelang 6.30 petang waktu tempatan, semua kanak-kanak dari kedua-dua kemudahan itu telah dikembalikan kepada ibu bapa mereka.