PM Slovakia ‘kritikal’ selepas cubaan bunuh

PM Slovakia ‘kritikal’ selepas cubaan bunuh

Media tempatan melaporkan seorang lelaki dalam melepaskan tembakan ke arah Robert Fico ketika beliau keluar untuk beramah mesra dengan penduduk.

tembak menembak
Polis menahan seorang penyerang yang melepaskan beberapa das tembakan di depan House of Culture di pusat bandar Handlova pada Rabu. (Gambar shintre_kedar/X)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico dalam keadaan “kritikal” selepas cedera ditembak pada Rabu, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.

Insiden itu berlaku apabila seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di depan House of Culture di pusat bandar Handlova, lokasi mesyuarat kerajaan diadakan.

Agensi Anadolu (AA) memetik media kerajaan, agensi berita TASR melaporkan penyerang itu ditahan kemudian.

Televisyen tempatan JOJ melaporkan seorang lelaki dalam khalayak ramai melepaskan tembakan ke arah perdana menteri ketika beliau keluar dari bangunan itu untuk beramah mesra dengan penduduk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.