4 dituduh serang dewan konsert di Moscow

4 dituduh serang dewan konsert di Moscow

Semua rakyat Tajikistan itu ditahan sebelum dibicarakan.

Tembakan rambang ke arah penonton konsert di Dewan Bandaraya Crocus di pinggir bandar Moscow mengorbankan sekurang-kurangnya 137 nyawa, pada Jumaat. (Gambar AP)
MOSCOW:
Empat individu yang terlibat secara langsung dalam serangan di dewan konsert telah dituduh di mahkamah atas dakwaan melakukan keganasan, lapor media tempatan.

Sebuah mahkamah daerah di Moscow memerintahkan keempat-empat suspek dikenal pasti sebagai rakyat Tajikistan untuk ditahan sebelum dibicarakan, Xinhua memetik satu laporan daripada Agensi Berita TASS.

Mereka akan ditahan sehingga 22 Mei.

Pada Jumaat malam, lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah penonton konsert di Dewan Bandaraya Crocus di pinggir bandar Moscow mengorbankan sekurang-kurangnya 137 nyawa. Kebakaran yang berlaku kemudian menyebabkan bumbung bangunan itu runtuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.