
Peguam Yusoff, Rafique Rashid Ali memberitahu wartawan di kompleks mahkamah, Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes hari ini.
Beliau berkata, anak guamnya telah memfailkan afidavit untuk menentang permohonan Anwar.
Anwar mahu beberapa isu berkaitan pergerakan dan kehadiran Yusoff di kediaman peribadinya pada hari kejadian yang didakwa ditentukan terlebih dahulu, sama ada melalui keterangan afidavit atau prosiding tertutup tanpa kehadiran media.
Menurutnya, penentuan isu-isu ini berpotensi menyelesaikan keseluruhan saman tersebut tanpa perbicaraan penuh.
Bagaimanapun, Yusoff mahu perkara itu dibicarakan di mahkamah. Dalam afidavitnya, beliau menyifatkan permohonan itu sebagai cubaan sengaja untuk melengahkan perbicaraan, yang pada asalnya ditetapkan pada Jun tahun lepas.
“Saya belum dapat membentangkan kes saya, di mana kejadian yang membawa kepada tindakan ini berlaku pada 2 Okt 2018, dengan tujuh tahun dan tujuh bulan telah berlalu,” katanya.
Yusoff juga mengulangi hujahan awalnya bahawa permohonan praperbicaraan dan pertukaran peguam cara oleh pihak Anwar telah berulang kali melengahkan pendengaran saman tersebut.
Yusoff menuntut ganti rugi am, khas, teruk dan teladan, beserta faedah dan kos, atas dakwaan beliau diserang oleh Anwar di kediamannya hampir lapan tahun lalu.
Anwar, yang diwakili peguam Christopher Leong and Sanjay Mohanasundram, menafikan dakwaan tersebut dan telah memfailkan saman balas.