Mohammad Mustafa PM baharu Palestin

Mohammad Mustafa PM baharu Palestin

Mohammad menggantikan Mohammad Shtayyeh, yang meletak jawatan bulan lepas sebagai respons kepada perkembangan konflik di Gaza.

Mohammad Mustafa, penasihat ekonomi kanan kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas, dilantik sebagai perdana menteri baharu Palestin pada Khamis. (Gambar Wikimedia common)
RAMALLAH:
Presiden Palestin Mahmoud Abbas melantik Mohammad Mustafa sebagai perdana menteri pada Khamis, ditugaskan untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan dekri presiden, lapor Agensi Anadolu.

Mohammad menggantikan Mohammad Shtayyeh, yang meletak jawatan bulan lepas sebagai respons kepada perkembangan berkaitan konflik di Gaza.

Menurut Agensi Berita Palestin, Mohammad kini berkhidmat sebagai Pengerusi Dana Pelaburan Palestin (PIF), penasihat ekonomi kanan kepada Mahmoud dan ahli jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.