2 calon datuk bandar ditembak mati di Mexico

2 calon datuk bandar ditembak mati di Mexico

Calon itu terdiri daripada wakil parti pemerintah dan pembangkang.

Armando Perez Luna daripada National Action Party (PAN) dan Miguel Angel Zavala Reyes daripada calon parti pemerintah, Morena, maut dalam serangan berasingan. (Gambar fail)
MEXICO CITY:
Seramai dua calon datuk bandar bagi kawasan perbandaran Maravatio di Mexico terbunuh dalam dua serangan bersenjata di negeri Michoacan, menurut akhbar Milenio yang memetik sumber polis, lapor Sputnik.

Mangsa yang maut merupakan calon parti pembangkang dari National Action Party (PAN) dan calon parti pemerintah, Morena.

Calon awal parti PAN Armando Perez Luna ditembak mati semasa memandu kereta beberapa jam selepas seorang lagi calon, Miguel Angel Zavala Reyes menjadi mangsa serangan bersenjata di luar sebuah hospital tempatan.

Beliau meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Pilihan raya umum di Mexico dijadualkan pada 2 Jun dengan kempen bermula pada Jumaat depan.

Pemimpin parti diwakili oleh calon terbunuh mengutuk keganasan dan menuntut penjelasan mengenai kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.