3 maut, 98 cedera kereta api terjunam dalam gaung di Mexico

3 maut, 98 cedera kereta api terjunam dalam gaung di Mexico

Kereta api penumpang yang membawa 241 penumpang dan sembilan anak kapal itu tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico.

Pihak berkuasa melakukan operasi menyelamat menggunakan tali dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa selepas sebuah kereta api terjunam ke dalam gaung. (Gambar EPA Images)
MEXICO CITY:
Seramai 13 orang terbunuh manakala 98 lagi cedera selepas kereta api penumpang yang membawa 241 penumpang dan sembilan anak kapal tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico pada Ahad, lapor Xinhua.

Kereta api itu dilaporkan menjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan menuju ke perbandaran Matias Romero, menurut Gabenor Oaxaca, Salomon Jara.

Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat menggunakan tali dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam gerabak kereta api berkenaan.

“Anggota penyelarasan perlindungan awam dan pengurusan risiko negeri, polis trafik negeri serta pasukan ambulans kini berada di lokasi bagi memberikan bantuan, dengan kerjasama Sekretariat Tentera Laut. Kami akan terus mengemas kini perkembangan terkini,” kata gabenor itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.