Jerebu teruk, Kalimantan Tengah isytihar darurat

Jerebu teruk, Kalimantan Tengah isytihar darurat

Gabenor Kalimantan Tengah Sugianto Sabran berkata darurat diisytihar selama 10 hari susulan kebakaran hutan berterusan.

Jerebu teruk akibat kebakaran hutan berterusan menyebabkan jarang penglihatan menurun kepada 1,500m di Kalimantan Tengah, Indonesia. (Gambar AP)
JAKARTA:
Pihak berkuasa di Kalimantan Tengah, Indonesia mengisytiharkan darurat selama 10 hari mulai hari ini, berikutan pencemaran udara yang teruk hingga mengurangkan jarak penglihatan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, kata Gabenor H Sugianto Sabran.

Beliau berkata indeks pencemaran udara mencapai tahap berbahaya pada 3 Oktober, dengan jarak penglihatan menurun kepada kurang daripada 1,500m pada 2 Oktober akibat asap tebal.

“Data yang dikumpul dari 1 Januari hingga 2 Oktober menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau ini.

“Ini menyebabkan 3,230 kejadian kebakaran hutan dan tanah, manakala usaha memadam kebakaran setakat ini mencecah 9,137 hektar tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa telah memperuntukkan sebanyak 110 bilion rupiah (kira-kira RM33 juta), untuk mempergiatkan operasi memadam kebakaran dan menyediakan perkhidmatan kesihatan bergerak kepada penduduk yang terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.