
“Daripada jumlah itu, 12 suspek pengganas ditahan di wilayah Mersin, Van, Sanliurfa, Mardin dan Aydin,” kata Yerlikaya di X, lapor Agensi Anadolu.
Yerlikaya berkata 55 suspek lagi ditahan dalam operasi di 16 wilayah.
Seramai 13,400 anggota keselamatan terlibat dalam operasi yang bermula pada 8.30 pagi waktu tempatan itu, termasuk 466 operasi dijalankan di kawasan luar bandar.
Beliau menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Turki (MIT), serta usaha dan dedikasi pasukan polis, serta pasukan separa tentera yang turut membantu kejayaan operasi itu.
Tindakan itu dilaksanakan susulan insiden serangan pengebom bunuh diri di Ankara.
Serangan itu menyebabkan dua pegawai polis cedera ringan, seorang pengganas maut, manakala seorang lagi ditahan.
Kementerian Dalam Negeri Turki mengesahkan bahawa penyerang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas PKK.
PKK diisytiharkan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dan melakukan kempen keganasan selama lebih 35 tahun, menyebabkan lebih 40,000 orang terkorban, termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi.