
Kementerian Dalam Negeri Turki turut mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK. Tambahnya, siasatan masih diteruskan terhadap pengganas lain.
Kenderaan yang digunakan dalam serangan itu didapati dicuri daripada seorang rakyat tempatan Mikail Bozlagan yang bekerja sebagai juruteknik kesihatan veterinar di Develi di wilayah tengah Kayseri.
Mikail turut dibunuh oleh pengganas, menurut Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian.
Dalam kejadian serangan pengganas itu, dua pegawai polis cedera ringan apabila seorang daripada dua penyerang itu meletupkan dirinya di hadapan Direktorat Keselamatan.
“Dua pengganas yang tiba dengan kenderaan komersial ringan di hadapan pintu pagar Direktorat Keselamatan melakukan serangan bom.
“Seorang pengganas meletupkan dirinya dan seorang lagi ditahan,” kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya di X.
Beliau berkata, kedua-dua pegawai polis itu sedang dirawat kerana kecederaan ringan.
Pendakwa raya Ankara sudah memulakan siasatan ke atas serangan itu.