Bom Perang Dunia II 500kg dimatikan di Berlin

Bom Perang Dunia II 500kg dimatikan di Berlin

Kira-kira 15,000 penduduk kawasan sekitar terpaksa dipindahkan sebelum bom itu dimatikan.

Proses pemindahan kira-kira 15,000 penduduk kawasan sekitar, membabitkan 350 anggota polis, dijalankan sebelum bom seberat 500kg itu dimatikan di Berlin.
PETALING JAYA:
Sebuah bom seberat 500kg dari zaman Perang Dunia II yang ditemukan di bahagian timur Berlin dimatikan pada petang Khamis.

Sebelum proses itu dijalankan, kira-kira 15,000 penduduk daripada 27 blok flat selain penghuni tiga taska, tiga sekolah, sebuah pusat transit murid dan kedai dipindahkan,

Proses pemindahan itu membabitkan kira-kira 350 anggota polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), menurut Bernama.

Setelah bom itu dimatikan, polis mengumumkan di Twitter bahawa semua penutupan ditarik balik.

Pada Selasa, pekerja menemukan bom Perang Dunia II itu di sebuah gelanggang tenis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.