Kapal selam bawa pelancong lawat bangkai Titanic hilang

Kapal selam bawa pelancong lawat bangkai Titanic hilang

Kapal selam itu dilaporkan hilang sekitar 370 kilometer dari pantai Newfoundland Kanada, menurut laporan media.

Kapal selam Titan yang melakukan ekspedisi membawa pelancong ke lokasi bangkai Titanic dilaporkan hilang di pantai timur Kanada pada Ahad. (Gambar AFP)
OTTAWA:
Sebuah kapal selam kecil yang membawa pelancong ke lokasi kapal karam Titanic dilaporkan hilang di pantai timur Kanada pada Ahad, lapor Xinhua.

Kapal selam itu dilaporkan hilang sekitar 370 kilometer dari pantai Newfoundland Kanada, menurut laporan media.

Jumlah anak kapal masih belum dapat dipastikan manakala operasi menyelamat telah digerakkan bagi mengesan kapal selam itu.

Bangkai kapal Titanic berada dalam bidang kuasa armada Boston Pengawal Pantai Amerika Syarikat, meskipun ekspedisi itu bermula dari Kanada.

Ekspedisi itu dijalankan oleh OceanGate Expeditions, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kapal selam yang digelar Titan melakukan ekspedisi ke lokasi bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter.

Laman sesawang OceanGate sebelum ini menyiarkan iklan pelayaran tujuh malam ke Titanic dengan harga USD250,000 bagi setiap seorang, dengan wang itu akan digunakan untuk penyelidikan Titanic, lapor media tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.