
Lima daripada cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala 29 penumpang lain diselamatkan dan dibawa kembali ke hotel mereka, menurut sumber enggan dikenali.
Sumber itu menambah, punca kejadian masih dalam siasatan, dan kewarganegaraan mangsa belum dikenal pasti.
Menurut beberapa media tempatan, termasuk laman web Al-Masry Al-Youm, kapal selam pelancong yang bernama Sindbad itu membawa 44 penumpang dalam perjalanan bawah air untuk meneroka terumbu karang.
Sementara itu, RIA Novosti memetik kenyataan dari Konsulat Jeneral Rusia di Hurghada yang menyatakan bahawa semua pelancong di atas kapal selam tersebut adalah warga Rusia.
“Terdapat 45 pelancong termasuk kanak-kanak, serta anggota kru. Semua mereka adalah warganegara Rusia, pelancong dari syarikat Biblio Globus,” menurut kenyataan konsulat itu, lapor RIA Novosti.