Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible

Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible

Kapal selam kelas Invincible direka untuk operasi di perairan tropika cetek dan sibuk.

Kapal selam baharu kelas Invincible, Impeccable milik Singapura itu akan menjalani siri ujian bagi pengoperasian penuh. (Gambar MOD Singapura)
SINGAPURA:
Tentera Laut Singapura pada Khamis menerima satu daripada empat kapal selam kelas Invincible, Impeccable di Pangkalan Tentera Laut Changi, menurut kenyataan kementerian pertahanan negara itu, lapor Xinhua.

Kapal selam baharu itu akan menjalani beberapa siri ujian di laut tempatan dan persediaan untuk beroperasi sepenuhnya.

Impeccable, yang dilancarkan di Jerman Disember lalu, adalah satu daripada empat kapal selam kelas Invincible yang direka untuk operasi di perairan tropika yang cetek dan sibuk di Singapura, kata kementerian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.