Menteri agama Pakistan maut dalam kemalangan jalan raya

Menteri agama Pakistan maut dalam kemalangan jalan raya

Mufti Abdul Shakoor dilaporkan meninggal dunia di hospital selepas mengalami pendarahan di kepala.

Menteri Hal Ehwal Agama Pakistan Mufti Abdul Shakoor meninggal dunia selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain. (Gambar fail)
ISLAMABAD:
Menteri Hal Ehwal Agama Pakistan Mufti Abdul Shakoor meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada Sabtu, menurut Polis Islamabad dalam satu kenyataan.

Menteri itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Beliau dikejarkan ke hospital akibat mengalami pendarahan di kepala, sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Pemandu kenderaan yang melanggar kereta menteri itu ditahan, bersama empat yang lain.

Presiden Pakistan Arif Alvi dan Perdana Menteri Shahbaz Sharif mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.