Letupan kuat di Wakayama, PM Jepun dilapor terselamat

Letupan kuat di Wakayama, PM Jepun dilapor terselamat

Kejadian itu berlaku pada pagi Sabtu waktu tempatan selepas Fumio Kishida menamatkan lawatan ke kawasan nelayan Saikasaki dan sedang bersiap sedia untuk menyampaikan ucapan awam.

Seorang lelaki ditahan susulan kejadian letupan di Wakayama, Jepun ketika PM Fumio Kishida sedang bersiap sedia untuk menyampaikan ucapan awam. (Gambar AP)
TOKYO:
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan pemimpin kerajaan yang lain terselamat dalam insiden letupan yang berlaku ketika Kishida sedang bersiap sedia untuk menyampaikan ucapan awam di bandar Wakayama, lapor Sputnik.

Menurut penyiar NHK, kejadian itu berlaku pada 11.30 pagi Sabtu waktu tempatan (02:30 GMT) selepas Kishida menamatkan lawatan ke kawasan nelayan Saikasaki di Wakayama.

Sebelum perdana menteri memulakan ucapannya, bunyi letupan kuat kedengaran tidak jauh dari lokasi, kata NHK.

Sementara itu, Agensi Berita Kyodo melaporkan objek menyerupai suar dengan asap dilemparkan ke arah perdana menteri.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki ditahan, menurut NHK.

Kishida membatalkan ucapan awamnya di Wakayama dan kini berada di ibu pejabat polis utama Wilayah Wakayama, lapor Kyodo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.