
Semakin ramai pemimpin Kesatuan Eropah menyokong pendirian Macron supaya Eropah mengelak menjadi “pengikut Amerika,” kata Michel kepada perkhidmatan berita POLITICO yang berpangkalan di AS, lapor Xinhua.
“Mengenai isu hubungan dengan Amerika Syarikat, mungkin terdapat pandangan dan sensitiviti berbeza dalam kalangan ahli Majlis Eropah…saya rasa agak ramai yang benar-benar berfikiran seperti Emmanuel Macron,” kata presiden Majlis Eropah itu.
Mengenai hubungnya dengan AS, Emmanuel Macron berkata, ikatan tetap kukuh, namun jika pakatan itu mensyaratkan kita mengikut secara sistematik dan membuta tuli dalam semua isu, sudah pasti tidak.