Letupan di St Petersburg, wartawan tentera maut, 30 yang lain cedera

Letupan di St Petersburg, wartawan tentera maut, 30 yang lain cedera

Bahan letupan yang terlibat dalam kejadian di sebuah kafe itu masih belum dapat dikenal pasti, kata kerajaan Rusia.

Penyiasat menjalankan tugas di sebuah kafe di St Petersburg, Rusia, di mana berlakunya letupan yang mengorbankan seorang wartawan tentera dan mencederakan 30 yang lain.(Gambar AP)
MOSCOW:
Seorang maut manakala 30 lagi cedera dalam insiden letupan yang dilaporkan berlaku di sebuah kafe di St Petersburg, Rusia.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai wartawan tentera Rusia Vladlen Tatarsky.

Jawatankuasa siasatan pada Ahad mengesahkan bahawa berlaku letupan di sebuah kafe di St Petersburg, namun jenis bahan letupan masih belum dapat dikenal pasti.

“Menurut data terkini, 30 orang cedera dalam kejadian letupan di sebuah kafe di St Petersburg dan seorang maut.

“Enam mangsa mengalami kecederaan serius,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Rusia pada Ahad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.