76 maut gempa bumi kuat landa Turki

76 maut gempa bumi kuat landa Turki

Gempa bumi turut dirasai di wilayah lain termasuk Diyarbakir dan negara jiran seperti Lubnan dan Syria.

Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter itu berlaku pada 4.17 pagi waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik, wilayah Kahramanmaras. (Gambar AP)
ISTANBUL:
Sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turki pagi Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter itu berlaku pada 4.17 pagi waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik, wilayah Kahramanmaras.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7km, diikuti dengan dua gempa bumi susulan yang melanda wilayah Gaziantep.

Menurut maklumat awal, seramai 76 orang maut di wilayah Kahramanmaras, Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya manakala 440 yang lain cedera.

Gempa bumi turut dirasai di wilayah lain termasuk Diyarbakir dan negara jiran seperti Lubnan dan Syria.

Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu berkata, gempa bumi itu menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Osmaniye, Malatya, Adıyaman, Adana, Diyarbakır, Kilis, dan Sanliurfa.

“Pasukan penyelamat kami dikerah ke wilayah itu,” katanya.

Turki mengeluarkan amaran gempa bumi tahap empat, termasuk meminta bantuan antarabangsa.

AFAD menyiarkan kenyataan memaklumkan: “Susulan perbincangan dengan Kementerian Luar Negeri, bantuan antarabangsa diperlukan untuk misi mencari dan menyelamat melalui ERCC (Pusat Penyelarasan Tindak Balas Kecemasan).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.