Gempa 6.5 magnitud landa Sumatera, gegaran dirasai di Malaysia

Gempa 6.5 magnitud landa Sumatera, gegaran dirasai di Malaysia

MetMalaysia memaklumkan gegaran dirasai di sekitar negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan tidak cetus ancaman tsunami.

Gempa bumi Luar Pantai Barat Utara Sumatera MET Malaysia
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara dengan pusat gempa dikesan di 2.7°U, 95.9°T pada kedalaman 57km. (Gambar MET Malaysia)
KUALA LUMPUR:
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 12.56 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di di 2.7°U, 95.9°T pada kedalaman 57km.

“Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Bagaimanapun, jabatan itu memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.