AS keluarkan satu lagi amaran kemungkinan berlaku serangan di Turki

AS keluarkan satu lagi amaran kemungkinan berlaku serangan di Turki

Amaran itu adalah yang kedua yang dikeluarkan selepas empat hari insiden pembakaran al-Quran berlaku di Eropah.

Kedutaan AS di Turki hari ini memberi amaran kepada rakyatnya di negara berkenaan berkemungkinan berlakunya serangan di Istanbul (Gambar AP)
ISTANBUL:
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Turki hari ini memberi amaran kepada rakyatnya di negara berkenaan berkemungkinan berlakunya serangan di beberapa rumah ibadat termasuk gereja di Istanbul susulan insiden pembakaran al-Quran di Eropah, baru-baru ini.

Itu adalah amaran kedua yang dikeluarkan selepas empat hari insiden berkenaan berlaku.

Dalam amaran keselamatan itu, kedutaan AS berkata, berkemungkinan serangan balas oleh akan berlaku di kawasan yang selalu dikunjungi oleh orang Barat, terutamanya di kawasan Beyoglu, Galata, Taksim dan Istiklal.

Tambahnya, pihak berkuasa Turki sedang menyiasat mengenai perkara itu.

Jumaat lalu, beberapa kedutaan di Ankara termasuk AS, Jerman, Perancis dan Itali mengeluarkan amaran keselamatan berhubung kemungkinan serangan balas di rumah ibadat disebabkan oleh insiden yang berlaku secara berasingan di Sweden, Belanda dan Denmark yang membabitkan kitab suci umat Islam.

Sabtu lalu, Turki turut memberi amaran kepada rakyatnya yang berada di AS dan Eropah mengenai kemungkinan serangan Islamofobia, xenofobia dan perkauman akan berlaku di negara terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.